Kem Pengurusan Organisasi Mega (KPO Mega) Majlis Perwakilan Kolej 2019 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Kem Pengurusan Organisasi Mega (KPO Mega) Majlis Perwakilan Kolej 2019

Kem Pengurusan Organisasi Mega (KPO Mega) Majlis Perwakilan Kolej 2019

ALOR GAJAH, 21 OGOS -  Seramai 23 orang pelajar Kolej Empat Belas telah menyertai Kem Pengurusan Organisasi Mega (KPO Mega) Majlis Perwakilan Kolej 2019. Kem ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia. Kem tersebut telah berlangsung di Kem PLKN Jaya Gemilang, A’ Famosa, Melaka bermula dari 18 sehingga 21 Ogos 2019.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk mencapai hasrat pihak universiti dalam meningkatkan jati diri pelajar daripada segi fizikal dan juga mental melalui aktiviti-aktivti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah latihan zafina dan kawad, rempuh halangan, tong bocor, aktiviti air dan berjalan malam.

    

Selain itu, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai taklimat yang melibatkan pengurusan sistem organisasi daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Antara taklimat yang telah diberikan adalah Hala Tuju Aktiviti pelajar 2019/2020 dan penajaan. Sepanjang kem ini berlangsung, terdapat pelbagai pertandingan seperti pertandingan zafina dan kawad serta penilaian berterusan telah dilakukan untuk setiap kolej. Kolej Empat Belas telah memperolehi tempat ke-5 secara keseluruhan daripada 9 kolej yang bertanding.

Kem Pengurusan Organisasi Mega (KPO Mega) Majlis Perwakilan Kolej 2019 ini telah memberi impak yang positif kepada pelajar-pelajar Kolej Empat Belas terutamanya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam menguruskan sistem organisasi kolej dan mengeratkan hubungan silaturahim antara Majlis Perwakilan Kolej Empat Belas.

Date of Input: 07/10/2019 | Updated: 07/10/2019 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcIAe~