Kem Pengurusan Organisasi Kolej Majlis Perwakilan Kolej 2019 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Kem Pengurusan Organisasi Kolej Majlis Perwakilan Kolej 2019

Kem Pengurusan Organisasi Kolej Majlis Perwakilan Kolej 2019

HULU LANGAT, 25 OGOS - Seramai 28 pelajar Kolej Empat Belas telah menyertai Kem Pengurusan Organisasi Kolej Majlis Perwakilan Kolej 2019. Kem ini merupakan anjuran Pengurusan Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia. Kem tersebut telah berlangsung di Kem Lubuk Manggis, Hulu Langat, Selangor bermula dari 22 sehingga 25 Ogos 2019.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk mempersiapkan Majlis Perwakilan Kolej Empat Belas dalam penyediaan takwim dan program-program Kolej Empat Belas sepanjang sesi 2019/2020 melalui perbincangan dan pembentangan antara sekretariat dan program kolej. Selain itu, kem ini dijalankan bagi mencapai hasrat pihak kolej dalam meningkatkan jati diri pelajar Kolej Empat Belas daripada segi fizikal dan juga mental serta meningkatkan kerjasama antara satu sama lain melalui slot-slot yang telah dijalankan. Antara slot yang telah dijalankan adalah Together Stronger dan Protect and Conquer.

 

 

    

 

 

Kem Pengurusan Organisasi Kolej Majlis Perwakilan Kolej 2019 ini telah memberi impak yang positif kepada pelajar-pelajar Kolej Empat Belas terutamanya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam menguruskan sistem organisasi kolej dan mengeratkan hubungan silaturahim antara Majlis Perwakilan Kolej Empat Belas.

   

Date of Input: 07/10/2019 | Updated: 07/10/2019 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcVAu~