KEM PEMANTAPAN ORGANISASI: REVOLUTIONARY LEADERSHIP NEXUS | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » KEM PEMANTAPAN ORGANISASI: REVOLUTIONARY LEADERSHIP NEXUS

KEM PEMANTAPAN ORGANISASI: REVOLUTIONARY LEADERSHIP NEXUS

18 Sept, Serdang - Kem Pemantapan Organisasi: Revolutionary Leadership Nexus merupakan satu program pembangunan modal insan yang diadakan khas kepada Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Empat Belas sesi 2023/2024. Kem ini memfokuskan pada kriteria kepimpinan dan gerak kerja berpasukan. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan mengenai kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, serta nilai moral dan etika yang perlu dimiliki oleh setiap mahasiswa supaya mereka boleh bersaing dalam alam kerjaya pada masa akan datang sama ada di peringkat universiti mahupun antarabangsa.

            

         

                

 

Kem ini dilaksanakan di sekitar Kolej Empat Belas bermula 18 hingga 21 Septermber 2023 (Isnin hingga Khamis). Pada hari Jumaat 23 September, para peserta bergerak ke Terengganu dan menaiki house boat di Tasik Kenyir untuk slot seterusnya. Program ini dihadiri oleh semua MPK Kolej Empat Belas sesi 2023/2024, barisan felo, staf dan juga para fasi. Yang Berbahagia Prof. Dr Arifin bin Abu, Timbalan Naib Canselor UPM turut sama hadir semasa di Tasik Kenyir bagi memeriahkan program yang telah dirancang.

 

Obejktif kem ini adalah peserta dapat menajamkan intelektual untuk menjadi seorang pemimpin dalam diri untuk menjadi individu yang berwibawa. Peserta juga diharapkan dapat membentuk jati diri yang kukuh sebagai individu yang teguh pendiriaannya. Peningkatan disiplin diri juga diharapkan pada diri peserta agar dapat membentuk tingkah laku yang cemerlang.

 

      

   

   

Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcLAS~