Kareografi Terbaik - Pertandingan Konvo Nuansa Zapin Interkolej 2022 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Kareografi Terbaik - Pertandingan Konvo Nuansa Zapin Interkolej 2022

Kareografi Terbaik - Pertandingan Konvo Nuansa Zapin Interkolej 2022

2 Disember 2022, Serdang ~ Pertandingan Konvo Nuansa Zapin Interkolej 2022 yang julung kali diadakan ini adalah bersempena dengan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM, Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-46. Kumpulan Aramestika di bawah Kolej Empat Belas telah mendapat anugerah tarian terbaik di antara 10 kumpulan yang bertanding.
 
      
 
Kumpulan Tarian Sri Dewangga Za’ba dari Kolej Pendeta Za’ba berjaya memenangi Johan Keseluruhan Pertandingan Konvo Nuansa Zapin Interkolej 2022. Selain daripada itu, KPZ juga turut memengangi Anugerah Vokal Terbaik pada malam tersebut. Pertandingan yang julung kali diadakan ini adalah bersempena dengan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM, Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-46.
 
Konsep pertandingan pada kali ini adalah gabungan antara nyanyian dan tarian yang dipersembahkan secara live oleh semua peserta. Setiap peserta perlu menyanyikan sebuah lagu zapin dari mana-mana pilihan lagu zapin sedia ada dan dipersembahkan bersama tarian zapin yang digarap secara kreatif. Konsep ini diketengahkan untuk memberi kebebasan berkarya kepada semua peserta tetapi masih mengekalkan ragam dan langkah zapin yang dipelajari sekaligus dapat mempelbagaikan lagi bentuk persembahan yang disampaikan. Makna nuansa itu sendiri adalah kepelbagaian dan kelainan yang ingin ditonjolkan supaya dapat menarik minat yang lebih kepada generasi muda masa kini untuk menghayati kebudayaan bangsa sekaligus dapat memelihara warisan yang tidak ternilai ini.
 
Menerusi muzik zapin juga, para pelajar khusunya dapat meningkatkan jatidiri sebagai warga Malaysia yang cintakan adat resam dan tatasusila.
 
Sebanyak 10 kumpulan peserta telah mengambil bahagian mewakili kolej kediaman masing-masing. Istimewanya pada kali ini, UPM Kampus Bintulu juga turut serta memeriahkan program dengan menghantar penyertaan dari Kolej Seri Rajang. Pelajar-pelajar ini telah diterbangkan khas dari Bintulu Sarawak dengan diiringi Puan Rosidah Binti Basir.
 
 
Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM yang telah menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. YH. Dato Naib Canselor ternyata amat berpuas hati dengan penganjuran ini dan menzahirkan rasa bangga terhadap semua pelajar yang mengambil bahagian, beliau teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh setiap peserta yang bertanding, pastinya banyak pengorbanan dan cabaran yang dihadapi serta komitmen yang tidak berbelah bagi diberikan oleh setiap pelajar. Turut hadir Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, TNC Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Ir. B.T Hang Tuah Baharudin, TNC Jaringan Industri dan Masyarakat, Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB dan Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin selaku Pengerusi, Sekretariat Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM.
 
      
 
Berikut adalah senarai pemenang dan peserta pertandingan Konvo Nuansa Zapin Interkolej UPM 2022:
 
 
Keputusan
1. Johan – Kolej Pendeta Za’ba - Sri Dewangga Za'ba
2. Naib Johan – Kolej Tan Sri Aishah Ghani - Eka Sukma
3. Tempat Ketiga – Kolej Sepuluh - Seta Walinongsari
4. Vokal Terbaik – Kolej Pendeta Za’ba - Sri Dewangga Za'ba
5. Tarian Terbaik – Kolej Empat Belas - Aramestika
6. Kreativiti Terbaik – Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee - Arustika Putrasakti
7. Busana Terbaik – KOSASS - Sartural Fansuri
 
Peserta
1. Kolej Dua Bleas - Petra Nuansa
2. Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee - Arustika Putrasakti
3. Kolej Seri Rajang- Santri D'Wangsa Putra
4. Kolej Tun Dr. Ismail - Asmara Loka
5. Kolej Sepuluh - Seta Walinongsari
6. Kolej Empat Belas - Aramestika
7. Kolej Canselor - Mantra Cellorscript
8. Kolej Sultan Aleddin Suleiman Shah - Sartural Fansuri
9. Kolej Pendeta Za’ba - Sri Dewangga Za'ba
10. Kolej Tan Sri Aishah Ghani - Eka Sukma

Date of Input: 29/12/2022 | Updated: 29/12/2022 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcVAU~