Family Day@14 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Family Day@14

Family Day@14

Serdang, 30 Sept - Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Empat Belas sesi 2017/2018 dengan kerjasama pengurusan Kolej Empat Belas telah menganjurkan program Family Day@14 pada hari Sabtu yang lalu. Program ini dimulakan pada jam 07:30 malam di Padang Serumpun dan berakhir pada jam 11:30 malam.

Program kekeluargaan ini adalah berhasrat untuk mengenali dan merapatkan hubungan antara pelajar baharu dengan seluruh warga Kolej Empat Belas dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat cintakan kolej. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga menerapkan unsur-unsur muhibbah seperti kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain serta pelaja-pelajar dapat berkomunikasi dengan lebih baik sesama sendiri.

Setiap aras telah ditetapkan dengan warna tema bagi pertandingan yang disertai.

 

Program ini telah dirasmikan oleh ayahanda Pengetua Kolej Empat Belas iaitu Dr. Omrah bin Hassan @ Hussin. Pihak pnegurusan dan felo turut sama mengambil peluang untuk menyertai beberapa acara yang dipertandingkan berganding bahu dengan MTM yang mengambil bahagian.

 

Antara acara yang telah diadakan adalah Balloon War, Chicken Leg Wrestling, Tuju Selipar, War Game dan Tarik Tali. Para peserta sangat teruja dengan kesemua permainan yang dipertandingkan. 

Date of Input: 09/10/2017 | Updated: 09/10/2017 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDdIAG~