Cherish Your Moment Programme | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Cherish Your Moment Programme

Cherish Your Moment Programme

Oleh: Noor Eszereen Juferi
 
SERDANG, 19 Dis – Program Cherish Your Moments telah berlangsung semalam bersama panel jemputan iaitu Pencipta Kandungan Digital, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank di Dewan Putra 2, Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Program itu bertujuan bagi melahirkan bakat baharu dikalangan pelajar UPM dalam bidang digital dan multimedia serta penyuntingan video untuk mampu berdaya saing dalam industri pendigitalan di masa depan.
 
Pengarah Program, Muhammad Az Adam Rachim berkata penganjuran program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar pentingnya mempunyai ilmu pendigitalan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar.
“Pelajar secara langsung dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari serta menghasilkan karya yang kreatif khususnya melalui medium media sosial yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat,” katanya.
 
 
Pelajar Bachelor Sains Operasi dan Pembuatan Makanan Dengan Kepujian, Fakulti Sains Teknologi Makanan (FSTM), UPM, Nur Mazlina Hanim Md Zuki berkata beliau berasa gembira dapat mengikuti program ini kerana memperoleh ilmu baharu.
“Program ini bagus untuk pelajar dan dengan kehadiran Sofyank turut memberi inspirasi kepada saya untuk mendapatkan pengalaman dan input terkini mengenai penyuntingan video yang perlu seiring dengan trend semasa,” katanya.
 
 
Pelajar Bachelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian, UPM, Mohd Faez Abdul Fauze berkata melalui program itu beliau melihat ilmu penyuntingan video adalah salah satu kemahiran insaniah kepada pelajar.
“Melalui program ini saya dapat melihat pelajar UPM sebenarnya mempunyai minat dan dapat menonjolkan bakat baharu dalam bidang tersebut serta saya berharap program sebegini diadakan lagi untuk memberikan manfaat kepada pelajar UPM yang akan datang,” katanya.
 
Sementara itu, antara aktiviti diadakan pada program tersebut adalah sesi forum perkongsian bersama Mohamad Sofian kepada para pelajar UPM serta sesi penjurian pertandingan video.
 
 
Sebanyak lima video terbaik yang telah terpilih untuk pertandingan pada program tersebut dan Johan bagi pertandngan video Cherish Your Moments dimenangi oleh Mohd Harzeman Admeer Simin. Program Cherish Your Moments ini adalah sejajar dengan Matlamat Pelan Strategik UPM 2021-2025, Matlamat 1 bagi Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

Date of Input: 29/12/2022 | Updated: 30/12/2022 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEbVAO~