Anugerah Tempat Kerja Selamat Tahun 2017 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Anugerah Tempat Kerja Selamat tahun 2017

Anugerah Tempat Kerja Selamat tahun 2017

Serdang, 26 Apr - Alhamdulillah, sekali lagi Kolej Empat Belas mendapat Anugerah Tempat Kerja Selamat bagi kategori E (Kolej Kediaman) untuk tahun penilaian 2017.Selian Kolej Empat Belas, Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Tun Perak juga mendapat anugerah bagi kategori yang sama. Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM. Majlis ini telah berlangsung di Auditorium Radin Umar di Fakulti Kejuruteraan UPM. Majlis anugerah ini dijalankan sempena sambutan Hari KKP UPM 2018.

Terdapat 5 kategori yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UPM iaitu:

Kategori A - Kategori Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian/Pejabat yang mempunyai persekitaran pejabat dan mempunyai staf 40 orang dan keatas

Kategori B - Kategori Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian/Pejabat yang mempunyai persekitaran pejabat dan mempunyai staf kurang daripada 40 orang

Kategori C - Kategori Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian/Pejabat yang mempunyai gabungan persekitaran pejabat, makmal, bengkel, pertanian dan lain-lain serta mempunyai staf 40 orang dan keatas

Kategori D - Kategori Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian/Pejabat yang mempunyai gabungan persekitaran pejabat, makmal, bengkel, pertanian dan lain-lain serta mempunyai staf kurang daripada 40 orang

Kategori E - Kategori Kolej Kediaman

Majlis kemudian diteruskan dengan Forum bertemakan 'Kesihatan Mental' dengan slogan 'Kesihatan Bermula Dengan Saya'. Satu kupasan yang menarik telah diberikan oleh ahli panel dan juga moderator forum. 

Date of Input: 29/06/2018 | Updated: 29/06/2018 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDdEAa~