Anugerah Tempat Kerja Selamat Tahun 2016 | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » Anugerah Tempat Kerja Selamat tahun 2016

Anugerah Tempat Kerja Selamat tahun 2016

Serdang, 26 April - Kolej Empat Belas telah mendapat Anugerah Tempat Kerja Selamat bagi tahun 2016 untuk kategori C (Kategori kolej-kolej kediaman). Pengetua kolej, Dr. Omrah bin Hassan@Hussin telah berbesar hati menerima anugerah tersebut mewakili seluruh staf Kolej Empat Belas.

Sijil anugerah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ir. Dr. Nor Halim bin Hasan, Timbalan Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan sempena Majlis Penutup Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP) UPM 2017 di Dewan OSH, Universiti Putra Malaysia.

Berikut adalah senarai penerima Anugerah Tempat Kerja Selamat tahun 2016.

 

Kategori A - Kategori Fakulti / Institut / Pusat / Bahagian / Pejabat yang mempunyai persekitaran pejabat

  • Sekolah Pengajian Siswazah
  • Pusat Pembangunan Akademik
  • Pusat Islam Universiti

 

Kategori B - Kategori Fakulti / Institut / Pusat / Bahagian / Pejabat yang mempunyai gabungan persekitaran pejabat, makmal, bengkel, pertanian dan lain-lain

  • Institut Biosains
  • Pusat Kesihatan universiti
  • Pusat Sukan

 

Kategori C - Kolej-kolej kediaman

  • Kolej Empat Belas
  • Kolej Dua Belas
  • Kolej Sebelas

 

Kriteria pemilihan ini dilakukan oleh Pejabat Kesihatan dan Pekerjaan (OSH) UPM mulai 1 Januari sehingga 31 Disember 2016. Untuk makluman, pada tahun 2016, Kolej Empat Belas telah medapat markah 99 dan mendapat 5 bintang di dalam Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Kolej Empat Belas.

Date of Input: 27/04/2017 | Updated: 09/10/2017 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDdSAC~