AISSVARYA PEMENANG PERTAMA PERTANDINGAN 3MT | FOURTEENTH COLLEGE
» NEWS » AISSVARYA PEMENANG PERTAMA PERTANDINGAN 3MT

AISSVARYA PEMENANG PERTAMA PERTANDINGAN 3MT

SERDANG, 18 April - Felo Kolej Empat Belas, Cik Aissvarya Shankar yang juga merupakan Pelajar ijazah kedoktoran (PhD) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM), telah dinobatkan sebagai johan pertandingan Tesis Tiga minit (3MT) peringkat UPM 2023. Beliau membawa pulang hadiah kemenangan RM 1,000.
 
      
 
Tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Safwan Zaini manakala tempat ketiga di sandang oleh Nur izzah Md Nasir. Masing-masing membawa pulang RM800 dan RM600. Mereka merupakan pelajar PhD Fakulti Sains UPM. Pemenang anugerah penonton pilihan pula dirangkul oleh Asyrul Izhar Abu Bakar dan membawa pulang RM100.
 
   
 
 
 
3MT ialah pertandingan penyelidikan yang dibangunkan oleh Universiti Queensland (UQ) yang menguji keupayaan pelajar PhD untuk menerangkan kepentingan penyelidikan masing-masing kepada penonton di luar bidang dalam masa tiga minit.

Date of Input: 12/05/2023 | Updated: 12/05/2023 | zawiyah

MEDIA SHARING

FOURTEENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXEcVAk~