Serdang, 23 Sept - Sempena sambutan 40 tahun penubuhan Kolej Kelima, satu pertandingan choral speaking telah diadakan pada 22-23 Septermber 2017. Pertandingan ini adalah ditetapkan secara berkumpulan seramai 20 hingga 25 orang untuk setiap kumpulan. Penganjur, Kelab Suara Siswa (KeSSis) di bawah Sekretariat Akademik, Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2016/2017 Kolej kelima telah mengadakan pertandingan ini di Dewan Sri Harmoni di kolej berkenaan. Centre for the Advancement of Language (CALC) telah menjadi penganjur bersama program ini.
Pertandingan ini adalah bertujuan untuk membina keyakinan serta memperkasa mahasiswa UPM dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang diperlukan untuk kemajuan kendiri dan profesional. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat meningkatkan keyakinan serta teknik-teknik penggunaan bahasa Inggeris yang berkualiti serta dapat menjadikan mahasiswa UPM lebih bersedia dengan kemahiran dan sahsiah dalam menghadapi cabaran global di peringkat yang lebih tinggi dan universal.
Kolej Empat Belas telah mendapat tempat ke-3 di dalam pertandingan ini.
Seramai 20 orang pelajar telah mewakili Kolej Empat Belas di dalam pertandingan ini. Antaranya adalah :
Tahniah diucapkan kepada para peserta.
Date of Input: 09/10/2017 | Updated: 09/10/2017 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se