29 Feb, Serdang - Dimaklumkan Tuan Pengetua yang kelapan Kolej Empat Belas, Prof. Madya Dr. Khairulmazmi bin Ahmad telah tamat lantikan sebagai Pengetua sehingga 29 Februari 2020. Beliau telah dilantik sebagai Pengetua Kolej Mohamad Rasid pada 3 tahun yang lepas sebelum ditukarkan ke Kolej Empat Belas. Setelah penggabungan kolej-kolej berlaku, beliau ditukarkan ke Kolej Empat Belas pada 15 Jun 2019. Selama 8 bulan memegang jawatan ini, beliau mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkhidmatan sebagai Pengetua bagi menumpukan perhatian kepada kerja-kerja penyelidikan beliau.
Pihak pengurusan dan seluruh warga Kolej Empat Belas mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas jasa dan khidmat bakti beliau selama meneraju Kolej Empat Belas. Semoga Dr. Khairulmazmi akan lebih berjaya di dalam bidang penyelidikan beliau dan cita-cita yang beliau impikan.
Date of Input: 09/03/2020 | Updated: 09/03/2020 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se