22 Januari, Kolej Serumpun UPM - Setelah berkhidmat selama 35 tahun di universiti Putra Malaysia, Pengurus Kolej Empat Belas, Tuan Haji Idzhar bin Yusof telah memilih untuk bersara wajib pada usia 58 tahun. Sebagai menghargai khidmat bakti beliau selama ini, pihak Kolej Empat Belas telah mengadakan majlis perpisahan buat beliau. Walaupun hanya berada di Kolej Empat Belas selama 2 tahun, jasa dan khidmat beliau amatlah besar amnya kepada seluruh kolej kediaman. Sebelum beliau ditukarkan ke Kolej Empat Belas, beliau pernah menjawat jawatan Pengurus di Kolej Sultan Alaeddin Ahmad Shah, Kolej Kedua dan Kolej Kesepuluh.
Selain itu juga, turut diraikan adalah En. Abdul Aziz bin Jantan, Pengurus Kolej Dua Belas yang bersara wajib pasa usia 60 tahun. Seperti Tuan Haji Idzhar, En Aziz juga telah berkhidmat di beberapa kolej sebelum ini. Banyak pengalaman, kenangan pahit manis, suka duka yang telah ditempuhi oleh mereka berdua dalam mentadbir urus penginapan di kolej kediaman serta melayani kerenah para pelajar yang pelbagai ragam.
Kami ingin mengucapkan "Selamat Bersara" daripada dunia pekerjaan. Semoga Tuan Haji Idzhar dan En. Abdul Aziz akan sentiasa dipermudahkan segala urusan dan menikmati dunia persaraan dengan gembira dan tenang.
Date of Input: 14/02/2020 | Updated: 14/02/2020 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se