01 Julai, UPM Serdang - Puan Norlida binti Abu Samah telah bersara sebagai staf UPM bermula pada 01 Julai 2022. Beliau telah berkhidmat di Kolej Empat Belas selama 22 tahun sebagai Pembantu Tadbir (P/O). Segala khidmat bakti dan jasa Puan Norlida sepanjang berkhidmat di UPM amnya dan di Kolej Empat Belas khasnya amatlah dihargai.
Banyak kenangan suka, duka, pahit, manis, gembira, sedih dan sebagainya yang telah dilalui oleh beliau selama ini. Pihak kolej amat berat hati dengan perpisahan ini. Namun setiap yang bermula pasti ada pengkahirannya. Antara kenangan bersama Puan Norlida sepanjang beliau di Kolej Empat Belas.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Date of Input: 14/07/2022 | Updated: 14/07/2022 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se