Serdang, 4 Jun - Prof. Madya Dr. Latifah binti Saiful Yazan daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, telah dilantik sebagai Pengetua ketujuh Kolej Empat Belas UPM selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (3) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia. Beliau dilantik bagi tempoh dua (2) tahun mulai 1 Jun 2018 hingga 31 Mei 2020.
Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Jabatan di Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Semoga dengan pelantikan pengetua ketujuh ini akan meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan Kolej Empat Belas selama ini.
Date of Input: 29/06/2018 | Updated: 29/06/2018 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se