15 Feb, Kolej Serumpun - Pengetua kesebelas Kolej Empat Belas, Dr. Mohd Firdaus bin Ismail telah dilantik oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (3) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia bagi tempoh satu tahun mulai 15 Februari 2022 hingga 14 Februari 2023.
Dr. Mohd Firdaus merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian. Sebelum dilantik sebagai Pengetua, beliau merupakan Ketua Felo di Kolej Tiga Belas.
Semoga dengan lantikan sebagai Pengetua kesebelas ini, akan meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan Kolej Empat Belas yang dikecapi selama ini.
Date of Input: 23/02/2022 | Updated: 23/02/2022 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se