Serdang, 09 Mei - Latihan pengungsian (firedrill) Kolej Empat Belas bagi tahun 2023 telah dilaksanakan di blok L3 (blok perempuan) yang menempatkan pelajar-pelajar tahun pertama. Program ini telah dilaksanakan dengan baik oleh semua pelajar dengan masa 7 minit pengosongan bangunan. Pengarah program, saudara Araby telah merancang program ini dengan baik dengan jawatankuasa yang dilantik.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar serta ahli jawatankuasa mengenai tindakan segera yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan di blok kediaman atau kawasan sekitar.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak Bantu Mula daripada Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Bahagian Keselamatan Universiti (BKU).
Date of Input: 16/05/2023 | Updated: 17/05/2023 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se