Serdang, 14 Ogos - Kolej Serumpun telah sepakat mengadakan gotong royong bersama-sama bagi mengindahkan kawasan sekitar Pejabat Am Kolej Serumpun. Program ini telah berlangsung selama beberapa minggu kerana kawasan yang agak luas serta kekangan tenaga kerja.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah menebas semak, membersihkan kawasan sekitar tasik, mengecat road kerb, menanam semula pokok bunga dan memperindahkan pejabat. Kesemua staf yang terlibat telah memberikan komitmen yang begitu jitu dan seterusnya mendapat pujian Dato' Naib Canselor UPM.
Date of Input: 06/09/2018 | Updated: 03/10/2018 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se