Serdang, 14 Ogos - Sempena menerima pelajar baharu, staf Kolej Serumpun telah bersama-sama membersihkan kawasan sekitar Dewan Putra 2 serta surau Kolej Serumpun. Program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan staf antara Kolej Serumpun serta dapat bertukar pendapat bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kolej.
Program gotong royong ini yang dijalankan sebulan sekali amat simbolik serta dapat menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk mencontohi amalan ini. Kerjasama yang baik akhirnya memberi hasil yang sempurna kerana surau merupakan rumah Allah yang wajib kita hiasi dan bersihkan.
Date of Input: 05/10/2019 | Updated: 07/10/2019 | zawiyah
Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Se