SEJARAH KOLEJ EMPAT BELAS | KOLEJ EMPAT BELAS
» MENGENAI KAMI » SEJARAH PENUBUHAN » SEJARAH KOLEJ EMPAT BELAS

SEJARAH KOLEJ EMPAT BELAS

Kolej Empat Belas merupakan satu daripada 17 buah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. Kolej Empat Belas merupakan sebahagian daripada Kolej Serumpun di antara tiga buah kolej yang lain iaitu ; Kolej Dua Belas, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas.

Kolej Serumpun ditubuhkan atas usaha sama di antara PJS Development Sdn.Bhd (atau lebih dikenali dengan PJSD) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Keseluruhan penyelenggaraan dan infrastruktur Kolej Serumpun beroperasi secara Built Operate Transfer (B.O.T) di bawah tanggungjawab PJSD. Polisi ini menyatakan bahawa PJSD akan membuka penempatan di Universiti Putra Malaysia dan akan memantau dan menyelenggara bangunan dan fasiliti selama 25 tahun, iaitu bermulanya perjanjian pada tahun 2000.

Proses pembinaan kolej bermula pada Disember 1998 dan siap pada bulan November 1999. Perjanjian yang termeterai selama 25 tahun secara umumnya mengikat sistem pengurusan dan hak milik Kolej Kediaman di antara PJSD dan UPM. Selepas tamatnya jangka masa tersebut, PJSD akan menyerahkan semua hak penyelenggaraannya kembali kepada pihak UPM dan universiti berhak ke atas kolej-kolej ini sepenuhnya. Polisi B.O.T. merupakan satu pilihan pada ketika itu untuk mengurangkan impak yang dialami oleh negara yang baharu sahaja dilanda kegawatan ekonomi.

Kolej Empat Belas dan Kolej Dua Belas telah mula didiami pada bulan Mei 2000 iaitu pada semester pertama sesi 2000/2001. Pengambilan pertama pelajar yang menginap di Kolej Empat Belas adalah dengan jumlah lebih kurang 1000 orang. Pada Jun 2006, penstrukturan semula pengurusan Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas telah dilaksanakan. Hasil daripada penstrukturan ini, Kolej Lima Belas dan Kolej Enam Belas telah diwujudkan. Penstrukturan ini dibuat berikutan hasrat universiti untuk menjadikan pengurusan Kolej Serumpun dapat mengurus pelajar dengan lebih efektif. Digelar sebagai 'Kolej Serumpun' adalah kerana blok kediaman ada adalah sama dan dibahagi antara empat buah kolej yang hanya dipisahkan oleh wing dan mengikut warna kolej seperti yang telah ditetapkan.

Universiti Putra Malaysia telah menstrukturkan semula organisasi Kolej Kediaman Universiti dan telah menggabungkan Kolej Empat Belas dan Kolej Enam Belas di bawah satu pentadbiran dan menggunapakai nama Kolej Empat Belas bermula pada 15 Jun 2019. Ia merupakan hasil Pelan Transformasi Governan Entiti di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Setelah bergabung, daripada 17 buah kolej menjadi 9 buah kolej kediaman sahaja.

 

 

 

Kemaskini:: 23/02/2022 [zawiyah]

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ EMPAT BELAS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697418 / 7417
tiada
SXDdXAr~